Friday, July 16, 2010

Introduction to CTT132 (Basic Makeup Design)

Selasa, 13 Julai 2010
Bilik : 2-3-6

Hari ni merupakan kelas pertama aku bersama Encik Fifi untuk subjek CTT132 (Basic Makeup Design). Hari ni beliau menerangkan 'course outline' untuk kelas Basic makeup Design. Agak teruja kerana senior kata kelas ni menarik dan seronok. apatah lagi subjek ini diberi tunjuk ajar oleh Encik Nur Afifi. InsyaAllah.

Orang-orang lama pernah kata kalau nak melihat kecantikkan seseorang perempuan itu adalah pada waktu bila dia bangun tidur kerana pada waktu itulah, seseorang perempuan akan kelihatan natural tanpa sebarang solekan di mukanya. Akan tetapi, bukan semua manusia boleh diberi anugerah sebegitu. Aku faham, setiap makhluk yang diciptakan oleh Tuhan adalah begitu indah sekali. Setiap manusia ada kecantikkan dan ciri-ciri keunikkan tersendiri yang telah diberi oleh Allah S.W.T.

Ok, pada kelas pertama, kami telah diberi penerangan tetang subjek yang akan kami belajar sepanjang semester ke-2 ni. kata En. Fifi "kita akan belajar banyak tentang macam mana nak makeup penuaan. korang akan belajar basic makeup nie selama 4 minggu untuk penuaan. trust me, korang sampai rasa nak muntah buat benda yang sama for 4 minggu" itu kata En.Fifi.
So, dalam semester ni, kami akan diajar untuk membuat solekkan asas, solekkan bagi setiap karakter. Setiap komposisi solekan memberi efek yang berlainan terhadap sesuatu karaktor semasa berada di atas pentas. Semua solekkan berdasarkan pembawakkan karaktor setiap pelakon yang berada di atas pentas. bagi menjiwai setiap watak yg diberi.

tak sabar nak masuk kelas pertama...