


Assalamualaikum to All,
Hari ini masuk minggu ke-empat dalam kuliah Encik Fifi. Hari ini, kami diberi tunjuk ajar dan sedikit informasi bagaimana untuk membuat solekkan di atas pentas.
Selasa
10.30am
Bilik Kuliah En. NurAfifi
Bismillahhirahmannirrahim...
Solekkan asas di atas pentas ada dua :
- Street Makeup
- Stage Makeup
Street Makeup - Solekan bagi ' Straight Makeup' adalah merupakan solekan asas bagi pelakon.
Sebagai contoh ; solekan harian bagi setiap manusia.
-Bagi membersihkan solekan ini adalah dengan cara menggunakan makeup cleanser.
MANAKALA,
Stage Makeup - Bagi 'Stage Makeup' pula ia merupakan solekan yang sesuai dipakai untuk menghadiri atau mengikuti sebarang majlis khas atau pertunjukkan.
Stage makeup haruslah mengikut karakter seseorang pelakon dan piawaian sebagai seorang
pelakon.
Persamaan di antara Stage Makeup dengan Street Makeup adalah sama, akan tetapi Stage Makeup penggunaannya adalah lebih di atas wajah, ini kerana, apabila seseorang pelakon yang sedang berada di atas pentas, akan memerlukan pencahayaan yang kuat, oleh itu, dengan menyesuaikan solekkan yang dipakai, wajah akan tampak bercahaya dan karakter akan didefinasi dengan lebih telus dan difahami oleh penonton.
Solekan bagi setiap karakter adalah tebal dan berlebihan semasa di atas pentas, ini adalah mudah bagi seseorang menyampaikan subjek dan karakter atau watak yang akan dilakonkan di atas pentas.
FANTASTICAL MAKEUP
Sejenis solekan yang menyampaikan watak yang lebih terang. Sebagai contoh ; watak badut.
'Fantastical Makeup' haruslah di gubah untuk memberi lebih efek kepada setiap watak.Ianya biasa dioles pada wajah pelakon bagi menyesuaikan solekan dengan watak pelakon. Efek pencahayaan adalah amat penting semasa di atas pentas, semasa di atas pentas, cahaya yang mengelilingi pelakon adalah sebanyak 360 darjah. Sebuah pentas teater akan menyediakan pencahayaan buat pelakon-pelakon, manakala pelakon pula haruslah bermain dengan cahaya semasa di atas pentas, ini kerana ia akan memberi efek 'realistric' dan akan membuat pelakon kelihatan lebih menyerlah semasa di atas pentas.
MENGAPA????MENGAPA????MENGAPA????
Ini adalah kerana, ia akan sampaikan apa yang ingin disampaikan di atas pentas. Ia haruslah berunsurkan 3D. Sebagai contoh, wajah yang dilukis, di beri penekanan, dan struktur solekan.
ON THE STAGE
WARNA - Solekan haruslah di aplikasi mengikut warna lampu.
MENGAPA?
Sebagai contoh; cahaya yang menggunakan gel warna yang bewarna pink di atas pentas, manakala solekan di wajah pula dioleskan warna yang bewarna lembut. Ia akan menyebabkan solakan kelihatan WARM semasa di atas pentas.
Semasa melihat sesuatu pertunjukan pentas, seseorang pelakon yang baik haruslah menganalisa apa yang dilihat di atas pentas. sebagai contoh, pencahayaan dan solekan yang para pelakon pakai. Warna lampu dan solekan tidak boleh bercampur aduk semasa di atas pentas.
TIPS:
1- Foundation yang berwarna oren dan hijau adalah untuk mengimbangkan kembali tona kulit serta menyekatakan tona kulit di wajah.
2 - Sentiasa membuat latihan, tidak kira betul atau salah.
3 - Sebagai seorang pelakon, andalah yang akan memberi efek terhadap sesuatu penyampaian watak.
4 - Ianya adalah lebih baik bagi seorang pelakon untuk menyolek wajah mereka sendiri dari menggunakan juru rias yang sedia ada.
DI DALAM PENYEDIAAN DESIGN SOLEKAN
- Character Analysis : Biodata / Info Peribadi / Details / tahap kesihatan dan emosi.
- Text Analysis : Tarikh / Masa / Pemikiran Watak
VISUAL semasa KULIAH minggu KE-4 :