Tuesday, May 15, 2012

ROLLY POLLY CAKE


Bahan-bahan:
 
50grm -ground nuts
2 tablespoon -flour
3 eggs
Water
1 cup of sugar


Cara-caranya:

Telur dgn gula dikacau sampai sebati sampai naik putih -mereng
Masukkan kacang yg dah hancur dlm mereng masukkan tepung
Kemudian sapukan butter, dan masukkan mereng td pada dulang. 
Masukkan dalam oven selama 10 minit.
Alaskan hidangan dengan towel yg dibasahkan sedikit, 
kemudian letakkkan kek yg telah dibakar selama 10 minit. 
Terbalikkan. 
Kemudian sapukan cream yg telah digaul bersama vanilla esen ke atas cake. 
Gulungkan, kemudian siap..
Taburkan ising sugar pada atas cake. 
Taburkan juga serbuk koko.


SELAMAT MENCUBA

TAUCHU IKAN (APA SAJA IKAN)

Bahan-bahan:

3 ekor ikan (Ikan kembung paling best @ cencaru)
Air asam jawa
gula
terung panjang -* boleh juga pakai timun telunjuk
pes tauchu (kacang soya dlm botol)
garam
2 labu bawang merah
2 bawang putih
halia (sebesar ibu jari)
cili merah

Cara-cara masaknya:

*Bagi yang tak suka makan bawang macam ayah Ana, better guna sikit je bawang. ;) Tapi, yang Ana masak, ikut portion Ana. Cus' Ana suka bawang.

1. Tumbuk bawang merah sampai lumat.
2. Hiris halia dan bawang putih halus-halus.
3. Terung panjang, di potong 3 bahagian, kemudian di belah dua. (Bagi memudahkan ia masak)
4. Ikan dibersihkan dalamnya. Buang insang. Kemudian dia potong ikut kebesaran ikan.
5. Buat air asam jawa.
6. Cili merah dibelah dua, buang biji.

(SENANG JE NAK MASAK BENDA NI,PETIK JARI PON BOLEH)

a) bawang merah, bawang putih, cili merah & halia tadi ditumis sampai naik bau.
b) masukkan pes tauchu sebanyak setengah balang kaca.
c) masukkan air sebanyak setengah gelas.
d) kacau sehingga sebati
e) masukkan air asam jawa.
f) gula 3 sudu besar.
g) garam secukup rasa.
h) masak sehingga menggelegak.

IKAN yang telah dibersihkan terlebih dahulu digoreng asing bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
Setelah kuah tauchu menggelegak, masukkan ikan goreng tadi dan kacau sehingga sebati.
*Jangan lupa, pastikan terung yang dimasukkan tadi lembut juga.
Siap dimasak boleh lah dihidang bagi makan 5-7 orang.

SELAMAT MENCUBA. :D

Tuesday, May 8, 2012

I Wont Give Up – Jason Mraz Lyrics & Listen


When I look into your eyes
It’s like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There’s so much they hold
And just like them old stars
I see that you’ve come so far
To be right where you are
How old is your soul?
I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up
And when you’re needing your space
To do some navigating
I’ll be here patiently waiting
To see what you find
‘Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We’ve got a lot to learn
God knows we’re worth it
No, I won’t give up
I don’t wanna be someone who walks away so easily
I’m here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you’re still my friend at least we did intend
For us to work we didn’t break, we didn’t burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I’ve got, and what I’m not
And who I am
I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up
Still looking up.
I won’t give up on us (no I’m not giving up)
God knows I’m tough enough (I am tough, I am loved)
We’ve got a lot to learn (we’re alive, we are loved)
God knows we’re worth it (and we’re worth it)
I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up

Wishing on a Black Star

20th Mac 2012 - My Black Star

Its a new day, Its a new inspiration. New person in my life.
Im glad to know him. Hoping that this will last. InsyaAllah.
Cus' im tired with having heartbroken over again.



Barakallahulakuma wabarah..

Ana Zulkifli

Monday, November 1, 2010

Contoh Lakaran-Lakaran Solekkan Peperiksaan Akhir Semester 2.


Assalamualaikum,

Berikut merupakan lakaran-lakaran yang telah saya hasilkan bagi watak Puteri Bongsu iaitu seorang Puteri kayangan/ Bunian yang berumur 23 tahun, berpewatakkan menarik, baik, seorang adik yang degil kepada kekandanya Putera Sulong, ghairah, baik hati, nakal dan mempunyai susuk tubuh yang tinggi dan berambut ikal mayang namun sering diikat kemas.







Diantara kesemua lakaran, saya telah memilih lakaran yang ke -3 sebagai solekkan pada malam persembahan peperiksaan akhir saya buat kelas Lanjutan Lakonan.

Sekian Terima Kasih.

Ana Zulkifli
seridewimalam.copyright

FINAL EXAMINATION FOLIO'S

Assalamualaikum,


Berikut merupakan lakaran-lakaran lukisan yang telah dilukis oleh saya sepanjang semester dua bagi subjek kuliah CTT132.

Solekkan Penuaan

Keterangan:

1: 1 Lakaran - Wanita berumur pertengahan 50-an


2: 3 Lakaran - Alejandro, Mexico, 50-an, penggali kubur.


Lakaran-lakaran tersebut merupakan teknik sebelum bermulanya sesuatu solekan dioles di wajah, ia harus diberi penekanan untuk mengenalpasti wajah yang harus dilukis dengan solekkan penuaan mahupun solekkan kecantikkan. Ia amat penting kerana dengan teknik ini, juru rias akan berasa lebih mudah untuk mengenalpasti cacat cela di wajah serta memperbaiki dan mencatikkan lagi wajah yang akan di solek.

Teknik ini amat berkesan kerana ia akan membantu kita dalam menyempurnakan wajah yang akan di solek. Selamat mencuba!

Lakaran 1: Wanita, 50-an

Lakaran 2: Lelaki, 50-an, Mexico, Penggali kubur





Sekian, terima kasih

Ana Zulkifli
seridewimalam.copyright









Sunday, October 31, 2010

FINAL EXAM - Semalam Bersama Penglipurlara





CONTOH LAKARAN SEBELUM PERSEMBAHAN AKHIR:




TEKNIK:

1: sapukan 2 jenis fundation iaitu 4W dan Chinese dan gaulkan kedua sehingga sebati. Oleskan di muka.
2: ratakan olesan foundation sebentar tadi dengan span yang disembur lembap ke seluruh kawasan wajah.
3: lukiskan garisan di bahagian pembukaan kelopak mata dengan eyeliner berwarna hitam.
4: sapukan di kedua-dua belah mata.
5: oleskan pembayang mata berwarna putih di seluruh bahagian kelopak mata sehingga mencecah ke bahagian kening.
6: ratakan pembayang mata di kedua-dua belah kelopak mata.
7: perbezaan akan dilihat di kedua belah mata.
8: sapukan separuh pembayang mata berwarna keemasan di separuh kedua-dua bahagian kelopak mata.
9: sapukan pembayang mata berwarna hijau tua di bahagian selebihnya.
10: bagi menampakkan mata kelihatan besar, lukiskan semula garisan hitam di bahagian atas dan bawah mata dengan menggunakan eyeliner.
11: lukiskan garisan halus di bahagian bulu kening untuk mengatur semula kening dengan lebih kemas.
12: ratakan lukisan garisan di bahagian mata dengan teliti.
13: hasil mata yang lebih dramatik.
14: lukiskan artwork yang bakal di solek di bahagian wajah bagi menampakkan ilusi fantasi yang sebenar.
15: warnakan artwork yang telah dilukis dengan eyeliner berbentuk pensil atau liquid dengan warna pilihan.
16:
pasangkan bulu mata palsu di bahagian kedua belah mata agar kelihatan lebih dramatik dan membantu ia kelihatan lebih besar.
17: hasil artwork di wajah bagi solekkan fantasi.
18: oleskan pemerah pipi berwarna jingga agar wajah kelihatan lebih berseri.
19: muka kelihatan lebih berwarna-warni.
20: sapukan lipgloss bagi melembapkan bibir yang kering. kemudian lukiskan garisan di bahagian bibir dengan menggunakan lip liner berwarna coklat.
21: sapukan gincu berwarna keemasan di bahagian bibir.
22: step terakhir, sapukan bedak tabur di bahagian muka bagi mengelakkan muka berminyak dan akan menyebabkan warna di muka hilang.

TIPS: *jika tidak mempunyai gincu yang pelbagai warna, boleh juga digunakan pembayang mata sebagai pengganti warna di bibir. Sebelum dioleskan pembayang mata di bibir, sapukan terlebih dahulu lipbalm agar bibir tidak kelihatan kering.

*jika tidak mempunyai pemerah pipi, gincu bibir, boleh digunakan sebagai ganti.


RUJUKAN:






Assalamualaikum,

Pada tanggal 29hb 10 2010 adalah merupakan hari terkahir kami bagi sesi kuliah bersama dengan pensyarah kami En. Nur Afifi bin Taib. Bagi peperiksaan akhir semester kami bagi subjek CTT132 Asas Seni Solekkan, kami telah berkoliberasi bersama- sama dengan kelas Asas Seni Lakon yang juga mengadakan peperiksaan akhir semester 2 kami. Kesemua kami telah diberi satu pertunjukkan teater bagi memenuhi kriteria peperiksaan akhir kami yang diberi tajuk, Semalam Bersama Penglipurlara.
Pada malam tersebut, kumpulan saya akan memainkan teater yang bertajuk Awang Lutong dan bagi watak saya, saya akan memainkan watak sebagai Puteri Bongsu, iaitu Puteri Kayangan yang datang ke bumi. Berpewatakkan seorang yang baik namun mempunyai hasrat untuk mengahwini manusia bumi untuk dijadikan sebagai suami.
Bagi watak tersebut, saya telah menghasilkan sebuah solekkan yang berbentuk FANTASI.
Berikut merupakan rujukan dan cara-cara bagi menghasilkan solekkan fantasi bagi watak yang telah dibawa oleh saya pada malam tersebut.

Sekian terima kasih.

Nor Liyana Binti Zulkifli
CT113

Hakcipta Terpelihara.