
CONTOH LAKARAN SEBELUM PERSEMBAHAN AKHIR:


1: sapukan 2 jenis fundation iaitu 4W dan Chinese dan gaulkan kedua sehingga sebati. Oleskan di muka.
2: ratakan olesan foundation sebentar tadi dengan span yang disembur lembap ke seluruh kawasan wajah.
3: lukiskan garisan di bahagian pembukaan kelopak mata dengan eyeliner berwarna hitam.
4: sapukan di kedua-dua belah mata.
5: oleskan pembayang mata berwarna putih di seluruh bahagian kelopak mata sehingga mencecah ke bahagian kening.
6: ratakan pembayang mata di kedua-dua belah kelopak mata.
7: perbezaan akan dilihat di kedua belah mata.
8: sapukan separuh pembayang mata berwarna keemasan di separuh kedua-dua bahagian kelopak mata.
9: sapukan pembayang mata berwarna hijau tua di bahagian selebihnya.
10: bagi menampakkan mata kelihatan besar, lukiskan semula garisan hitam di bahagian atas dan bawah mata dengan menggunakan eyeliner.
11: lukiskan garisan halus di bahagian bulu kening untuk mengatur semula kening dengan lebih kemas.
12: ratakan lukisan garisan di bahagian mata dengan teliti.
13: hasil mata yang lebih dramatik.
14: lukiskan artwork yang bakal di solek di bahagian wajah bagi menampakkan ilusi fantasi yang sebenar.
15: warnakan artwork yang telah dilukis dengan eyeliner berbentuk pensil atau liquid dengan warna pilihan.
16: pasangkan bulu mata palsu di bahagian kedua belah mata agar kelihatan lebih dramatik dan membantu ia kelihatan lebih besar.
17: hasil artwork di wajah bagi solekkan fantasi.
18: oleskan pemerah pipi berwarna jingga agar wajah kelihatan lebih berseri.
19: muka kelihatan lebih berwarna-warni.
20: sapukan lipgloss bagi melembapkan bibir yang kering. kemudian lukiskan garisan di bahagian bibir dengan menggunakan lip liner berwarna coklat.
21: sapukan gincu berwarna keemasan di bahagian bibir.
22: step terakhir, sapukan bedak tabur di bahagian muka bagi mengelakkan muka berminyak dan akan menyebabkan warna di muka hilang.
TIPS: *jika tidak mempunyai gincu yang pelbagai warna, boleh juga digunakan pembayang mata sebagai pengganti warna di bibir. Sebelum dioleskan pembayang mata di bibir, sapukan terlebih dahulu lipbalm agar bibir tidak kelihatan kering.
*jika tidak mempunyai pemerah pipi, gincu bibir, boleh digunakan sebagai ganti.
RUJUKAN:


Assalamualaikum,
Pada tanggal 29hb 10 2010 adalah merupakan hari terkahir kami bagi sesi kuliah bersama dengan pensyarah kami En. Nur Afifi bin Taib. Bagi peperiksaan akhir semester kami bagi subjek CTT132 Asas Seni Solekkan, kami telah berkoliberasi bersama- sama dengan kelas Asas Seni Lakon yang juga mengadakan peperiksaan akhir semester 2 kami. Kesemua kami telah diberi satu pertunjukkan teater bagi memenuhi kriteria peperiksaan akhir kami yang diberi tajuk, Semalam Bersama Penglipurlara.
Pada malam tersebut, kumpulan saya akan memainkan teater yang bertajuk Awang Lutong dan bagi watak saya, saya akan memainkan watak sebagai Puteri Bongsu, iaitu Puteri Kayangan yang datang ke bumi. Berpewatakkan seorang yang baik namun mempunyai hasrat untuk mengahwini manusia bumi untuk dijadikan sebagai suami.
Bagi watak tersebut, saya telah menghasilkan sebuah solekkan yang berbentuk FANTASI.
Berikut merupakan rujukan dan cara-cara bagi menghasilkan solekkan fantasi bagi watak yang telah dibawa oleh saya pada malam tersebut.
Sekian terima kasih.
Nor Liyana Binti Zulkifli
CT113
Hakcipta Terpelihara.
1. Perwatakan CLICHE, tidak memberikan rujukan serta alasan yang kukuh serta MENGAPA solekan demikian yang dipilih. Solekan langsung TIDAK menonjolkan ciri ciri kebudayaan LOKAL.
ReplyDelete2. Solekan FANTASI TIDAK termasuk dalam silibus kamu
3. Hanya mempraktikkan sedikit sahaja daripada pembelajaran, iaitu memastikan foundation itu senada warna kulit. Mengapa tidak di olah bentuk muka menggunakan 2 teknik asas?
4.Namun, persembahan yang di berikan adalah baik dan agak terperinci.