Assalamualaikum to all,
Hari ini merupakan minggu yang ke-3 dalam semester ini. Minggu ini kami diajar oleh En.Afifi tentang mengapa kita perlu bersolek?
Solekkan akan menampakkan efek cahaya yang betul semasa di atas pentas.
Solekkan adalah untuk menyampaikan peranan setiap watak di dalam pementasan kepada penonton. Jika seseorang pelakon dapat menggunakan cara solekkan yang betul semasa di atas pentas, mesej yang akan disampaikan kepada penonton akan jelas dan nyata.
Solekkan merupakan perkara pertama yang akan dipandang oleh setiap penonton yang menonton pementasan sesebuah teater. Jika solekkan yang dioles pada muka tidak betul, maka, visual yang akan cuba disampaikan kepada penonton tidak akan kesampaian.
Solekkan adalah perkara penting bagi setiap pelakon di pentas, ini kerana solekkan merupakan sebagai bahan atau senjata yang akan memberi efek pencahayaan yang baik kepada raut wajah seseorang pelakon. Ia juga dapat mengubah rupa paras seseorang melalui solekkan yang memberi efek yang drastik, sebagai contoh ;
- Solekkan penuaan
- Solekkan sebagai kecantikan
- Solekkan efek bagi sesuatu peranan.
jika solekkan yang dioles terlalu banyak atau tebal, ianya akan membuatkan wajah dan peranan watak seseorang pelakon di pentas akan kelihatan tidak nyata. Oleh yang demikian ia akan melahirkan rasa tidak percaya penonton terhadap sesuatu watak yang ia cuba bawakan di atas pentas.
Solekkan semasa di atas pentas haruslah bersesuaian dengan :
1. Saiz pentas
2. Genre / jenis
3. Pencahayaan
Setiap pentas mempunyai kehendak yang berlainan dalam menghasilkan sesuatu solekkan di wajah. seseorang haruslah memikirkan jenis pentas yang akan mereka lakonkan. Ini kerana, semakin besar sesebuah pentas itu, semakin banyak dan tebal solekan yang perlu dioleskan di wajah. Mengapa? setiap pentas mempunyai ruang yang tersendiri, jika besar ruangnya, maka, penglihatan penonton yang menonton pementasan akan menjadi kecil, oleh itu, pelakon haruslah memakai solekkan yang tebal dan yang menampakkan efek yang jelas dan nyata kepada penonton, agar mesej dan watak dapat disampaikan.
Apakah barang- barang solekkan asas yang perlu ada?
Barang solekkan yang paling penting adalah:
1. Foundation : 3 jenis - Waterbase Foundation
- Creambase Foundation
- Silicone Foundation (solekkan airbrush)
yang selalu digunakan adalah yang berjenis 'waterbase dan creambase'. Bagi pementasan, solekkan jenis creambase selalu digunakan oleh juru solek. Di dalam foundation, terdapat pigman warna yang banyak dan sedikit mengikut produk yang sedia ada di pasaran.
2. Powder/ Bedak : 2 jenis - Compac powder / Bedak padat
- Loose powder
Bedak digunakan sebagai penutup kepada cela yang berada di wajah, ia merupakan salah satu bahan yang menjadi bahan wajib yang perlu ada pada setiap juru solek.
Jadi, pada minggu ini, kami diajar dan diberi pengetahuan tentang bahan asas yang perlu kami gunakan sepanjang semester ini bagi subjek ini.
En.Afifi juga ada menyelitkan serba sedikit pengetahuan mengenai sejarah awal kewujudan solekkan kepada kami, dimana ia merupakan pengetahuan yang berguna untuk masa hadapan.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment