
Assalamualaikum..
Tarikh:27/9/10
Masa:7.30pm
Tempat: bilik Kuliah En.Afifi
Pada tarikh yang telah disebutkan diatas, ami telah diberi tugasan oleh Encik Afifi untuk menyiapkan sebuah solekan penuaan sebagai pengumpulan markah bagi ujian pertengahan tahun kami pada semester kedua ini.
kami diwajibkan untuk menghadiri sebuah majlis yang telah dianjurkan oleh fakulti FACT iaitu, Majlis jamuan hari raya yang diberi tema Malam Puisi Lagu & Kopi yang telah berlangsung di perkarangan fakulti FACT. Ramai tetamu yang hadir, terutama sekali tetamu istimewa yang hadir pada malam itu, daripada rumah anak-anak yatim. secara peribadi, saya merasa syahdu apabila melihat mereka yang menyambut kehadiran hari raya setiap tahun tanpa mereka yang dikasihi. saya cuba untuk membuat mereka ketawa apabila melihatkan raut wajah saya yang telah dirias seperti nenek-nenek tua.
Alhamdulillah..
Mereka tertawa melihat gelagat saya sebagai nenek. nampaknya solekkan yang telah saya solek di wajah saya telah memainkan peranan karakter yang penting sekali dalam membuat mereka tertawa melihat kerenah saya. Apatah lagi apabila pensyarah-pensyarah saya yang menegur saya pada malam tersebut, rata-rata hampir-hampir tidak mengenali siapa saya.
solekkan penuaan memerlukan satu penilitian yang terperinci dalam menyolek raut wajah yang sememangnya muda. garisan-garisan halus harus diberi penekanan agar raut wajah tampak tua dan memantulkan garisan yang ketara. Malah, penekanan terhadap 'shading' dan 'highlighting' amat diperlukan bagi memberi kesan yang lebih maksima terhadap penuaan yang akan disolek di wajah. ini kerana, solekkan yang terperinci juga dapat menghasilkan sebuah permainan 'shading' dan 'highlighting' yang baik pada raut wajah, agar wajah tampak lebih cengkung dan terjatuh dari struktur wajah yang asal.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment